UTAMA

LATAR BELAKANG

Kor Perkhidmatan Am (KPA) telah ditubuhkan pada 1 julai 1958 untuk membantu menyelaraskan aspek-aspek pentadbiran rekod dokumen, urusan gaji, pendidikan dan perhubungan raya kepada semua pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kor ini merangkumi empat buah komponen utama iaitu Bahagian Kerani (BK), Urusan Gaji Angkatan Tentera, Pendidikan dan Perhubungan Raya (PR).

Bahagian Pendidikan – KPA (PENDIDIKAN)

Ditubuhkan pada 1 januari 1960 yang dikenali sebagai Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran) atau KPA (Ajar). Tujuan penubuhannya adalah untuk menyelia dan mentadbir segala aspek pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam ATM.

Peranan dan tugas

Merancang, mentadbir dan melaksanakan Dasar Pendidikan ATM serta penempatan semua pegawai dan anggota LLP Kor ini di dalam ATM.
Penyediaan kemudahan dan pengurusan pengajian tinggi serta pelajaran am dan individu dalam ATM termasuk Skim Pengajian Tinggi ATM.
Perancangan dan penyusunan kurikulum akademik, khidmat menterjemah kursus bahasa asing dan kaunseling.
Mengurus dan mentadbir kerjaya semua pegawai dan anggota LLP dalam KPA (Pendidikan).


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEL PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KD MALAYA

OBJEKTIF UMUM

Pejabat Pendidikan/Perpustakaan KD MALAYA bertanggungjawab kepada Jabtan Arah Pendidikan ATM
untuk melaksanakan arahan-arahan yang berkaitan hal pendidkan dan pentadbiran perpustakaan Pusat
KD MALAYA serta sekolah dalam Pangkalan TLDM termasuk TABIKA KEMAS TLDM dan Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PPDK). Bertanggungjawab bagi:

i.        Menentukan segala hal pentadbiran yang berkaitan pendidikan dilaksanakan dengan baik dan lancar.
ii.     Mentadbir Tabika berhubung dengan makan, minum, peralatan dan keselamatan kanak-kanak.
iii.    Memastikan keselamatan fail pejabat diurus dan disimpan dalam keadaan baik.
iv.   Memastikan kebersihan kawasan pejabat/perpustakaan dan menguruskan senggaraan Pusat Multimedia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...