SEL PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, MARKAS BANTUAN KD MALAYA, PANGKALAN TLDM LUMUT, 32100 LUMUT PERAK. NO TEL : 05-6817085/7086
Tuesday, 25 November 2014
Sunday, 23 November 2014
SKIM BIASISWA YAYASAN WARISAN PERAJURIT

Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak anggota TLDM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.
Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota adalah seperti berikut:
1- UPSR
2- ROLE MODEL UPSR
3- PT3
4- IPTA
Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit, kelayakan dan syarat permohonan, anda boleh lah klik di SINI atau boleh berhubung dengan anggota di Sel Pembangunan Pendidikan KD Malaya.
- Untuk Muat Turun Borang di ------------- SINI
Atau di ----------------------- SINI
Friday, 21 November 2014
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Kor Perkhidmatan
Am (KPA) telah ditubuhkan pada 1 julai 1958 untuk membantu menyelaraskan
aspek-aspek pentadbiran rekod dokumen, urusan gaji, pendidikan dan perhubungan
raya kepada semua pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) di dalam Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). Kor ini merangkumi empat buah komponen utama iaitu
Bahagian Kerani (BK), Urusan Gaji Angkatan Tentera, Pendidikan dan Perhubungan
Raya (PR).
Bahagian Pendidikan – KPA (PENDIDIKAN)
Ditubuhkan pada
1 januari 1960 yang dikenali sebagai Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran) atau KPA
(Ajar). Tujuan penubuhannya adalah untuk menyelia dan mentadbir segala aspek
pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam ATM.
Peranan dan tugas
Merancang,
mentadbir dan melaksanakan Dasar Pendidikan ATM serta penempatan semua pegawai
dan anggota LLP Kor ini di dalam ATM.
Penyediaan
kemudahan dan pengurusan pengajian tinggi serta pelajaran am dan individu dalam
ATM termasuk Skim Pengajian Tinggi ATM.
Perancangan dan
penyusunan kurikulum akademik, khidmat menterjemah kursus bahasa asing dan
kaunseling.
Mengurus dan
mentadbir kerjaya semua pegawai dan anggota LLP dalam KPA (Pendidikan).
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEL PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KD MALAYA
OBJEKTIF UMUM
Pejabat Pendidikan/Perpustakaan KD MALAYA bertanggungjawab kepada Jabtan
Arah Pendidikan ATM
untuk melaksanakan arahan-arahan yang berkaitan hal pendidkan dan
pentadbiran perpustakaan Pusat
KD MALAYA serta sekolah dalam Pangkalan TLDM termasuk TABIKA KEMAS TLDM dan
Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PPDK). Bertanggungjawab bagi:
i. Menentukan
segala hal pentadbiran yang berkaitan pendidikan dilaksanakan dengan baik dan lancar.
ii. Mentadbir Tabika berhubung dengan makan,
minum, peralatan dan keselamatan kanak-kanak.
iii. Memastikan keselamatan fail pejabat diurus dan disimpan dalam
keadaan baik.
iv. Memastikan
kebersihan kawasan pejabat/perpustakaan dan menguruskan senggaraan Pusat
Multimedia.
Subscribe to:
Posts (Atom)